Digital Wellbeing adalah aplikasi untuk mengawal pengguna daripada obses menggunakan peranti pintar. Ia hanya hadir buat peranti Android One terpilih, semua Google Pixel dan juga Essential Phone. Sejak ia diperkenalkan ia masih lagi dalam bentuk beta, sehinggalah hari ini.
Google kini mengemaskini Digital Wellbeing kepada versi 1.0. Versi ini adalah versi stabil pertama. Setelah saya pasang, dilihat tiada perubahan langsung kecuali ketiadaan logo ‘Beta‘. Mungkin versi stabil ini hanya perubahan dari segi pengkodan.
Kemaskini buat Digital Wellbeing ini hadir secara berperingkat dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Tetapi jika tidak sabar, fail .APK turut boleh dimuat turun melalui laman APKMIRROR.