ASUS Malaysia Mengumumkan Penurunan Harga Untuk Siri Laptop Gaming ASUS TUF FX504 – Bermula Dari RM2899

ASUS Malaysia Mengumumkan Penurunan Harga Untuk Siri Laptop Gaming ASUS TUF FX504 – Bermula Dari RM2899

Diterbitkan pada November 14, 2018 oleh .

Siri laptop gaming ASUS TUF boleh dikatakan diantara laptop gaming termurah di pasaran sekarang. Terkini, pihak ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan penurunan harga sebanyak RM200 lagi untuk model laptop ASUS TUF Gaming FX 504 mereka.

Siri laptop ASUS TUF Gaming FX 504 ini hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa, dari pilihan CPU Intel Core i5-8300H, Intel Core i7-8750H, pilihan memori DDR4 sebanyak 4GB ataupun 8GB, dan juga gabungan storan SSD NVMe sebesar 128GB dan cakera keras/SSHD sebesar 1TB.

Dari segi pilihan grafik pula, anda boleh memilih untuk mendapatkan model kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti ataupun GeForce GTX 1060.

Laptop gaming ASUS TUF Gaming FX 504 ini kini bermula dari harga RM2999 untuk model paling asas, hinggalah RM4899 untuk model paling premium. Tanda harga dan spesifikasi yang berkaitan adalah seperti berikut:

Model Spesifikasi Harga Baru
FX504G- MEN039T i7 8750H/GTX1060/8GB DDR4/1TB SSHD/128 NVME SSD/15.6” 120Hz 3ms Full HD TN RM4,899
FX504G- ME4308T i5 8300H/GTX1060/4GB DDR4/1TB HDD/128 NVME SSD/15.6” Full HD TN) RM3,899
FX504G- E4269T i7-8750H/GTX1050Ti /4GB DDR4/1TB SSHD/128 NVME SSD/15.6” Full HD IPS RM4,099
FX504G- DE4509T i7 8750H/GTX1050/4GB DDR4/1TB SSHD/128GB NVME/15.6” Full HD IPS RM3,899
FX504G-DE4492T i7 8750H/GTX1050/4GB DDR4/1TB SSHD/15.6” Full HD IPS RM3,799
FX504GD i5 8300H/GTX1050/4GB DDR4/1TB SSHD/15.6” Full HD TN RM3,149
FX504GD i5 8300H/GTX1050/4GB DDR4/1TB 5400rpm HHD/15.6” Full HD TN RM2,999

TIPS & ULASAN