Carian
Samsung Galaxy Note FE Diiktiraf Untuk Android Pie
November 14, 2018 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Note FE adalah Galaxy Note 7 yang diperbaharui. Kenapa ia diperbaharui? Jika pembaca Amanz ingat, pada tahun 2016 – Galaxy Note 7 mengalami isu bateri yang serius sehingga banyak peranti ini yang dimiliki pengguna meletup. Jadi ia diperbaharui menjadi Galaxy Note FE (Fan Edition).

Peranti ini baru-baru ini baru sahaja diiktiraf oleh WiFi Alliance untuk menyokong Android 9.0 Pie. Jadi, terdapat kebarangkalian Note FE ini akan menerima kemaskini One UI yang akan diterima Samsung Galaxy S8, Note 8, Note 9 dan Galaxy S9. Sewaktu Galaxy Note FE dilancarkan ia menjalankan Android Nougat. Disbebakan standard kemaskini peranti mercu Android sekarang adalah dua tahun kemaskini sistem operasi dan tiga tahun kemaskini sekuriti, Android Oreo sepatutnya jadi sistem operasi terakhir buat peranti ini.

Jadi usah bersedih hati pengguna Galaxy Note FE, masih ada harapan untuk anda semua terima Android Pie. Sama-sama kita nantikan.

Komen