Cari @ Amanz

Tahun ini kami kerap ke luar negara atas sebab kerja. Apabila ke luar negara, cara paling pantas mencari kedai makanan ialah dengan menggunakan Google Maps. Tetapi Maps hanya memaparkan lokasi, markah ulasan, nombor telefon dan waktu sibuk. Kadang kala kami inginkan maklumat lebih lanjut tetapi tidak mahu menelefon kedai yang ditemui kerana kos perayauan yang tinggi.

Oleh itu sokongan menghantar mesej terus ke perniagaan yang baru diumumkan Maps hari ini amat kami perlukan. Menerusi perkhidmatan pemesejan, pengguna boleh terus menghantar mesej ke perniagaan yang mempunyai akaun Google Business Profiles. Fungsi baharu ini disokong pada aplikasi Android dan iOS. Buat masa ini ia hanya boleh digunakan di beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat. Google mempunyai perancangan melancarkannya ke semua pasaran dunia secara berperingkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd