Cari @ Amanz

‘Fingerread’ Membantu OKU Penglihatan Membaca Tanpa Braille

Link Copied!

Pada bulan Mei yang lepas, Google telah membangunkan aplikasi ‘Lookout. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu mereka yang OKU penglihatan. Lookout melihat kawasan sekeliling menerusi kamera dan kemudian mengenalpasti objek yang dilihat sebelum memberikan penerangan kepada pengguna aplikasi.


Baru-baru ini, versi ‘fizikal’ Lookout telah diperlihatkan. Ia bukan dibangunkan oleh Google, tetapi konsep gajet ini adalah sama seakan Lookout. Ia dinamakan sebagai fingerread. Gajet ini dibangunkan oleh para penyelidik dari MIT. fingerread menggunakan kamera terbina untuk mengimbas teks dan ia akan dibaca dengan kuat melalui pembesar suara terbina. Ia akan membantu mereka yang OKU penglihatan membaca tanpa memerlukan braille.

Buat masa ini fingerread masih lagi prototaip. Tetapi sasaran mereka yang menghasilkan gajet ini adalah untuk membuktikan projek konsep seperti ini dapat dijadikan produk kegunaan harian yang mampu milik.


Komen ()