Selaku agensi pelapor kredit, CTOS kini tampil dengan kaedah perlindungan diri baharu kepada pengguna mereka, iaitu SecureID. Melalui kaedah perlindungan identiti ini, anda dapat memelihara maklumat diri anda dengan lebih komprehensif.
Sorotan pada aliran pendigitalan negara yang kian pesat menunjukkan hampir 15.3 juta rakyat Malaysia yang gemar berbelanja menggunakan platform atas-talian dan 62% daripada kumpulan ini menggunakan telefon pintar untuk transaksi tersebut. Berikutan itu, risiko penipuan dan kecurian identiti mula wujud dalam arena e-dagang.
Dengan mendaftarkan pada CTOS SecureID ini, pengguna akan menerima notifikasi sebaik sahaja terdapat perubahan pada profil anda, termasuk permohonan kredit baru, pembayaran yang terlepas bayar, selain perubahan pada had kredit dan sebagainya.
Disamping itu, pihak CTOS juga akan turut menawarkan pelbagai notifikasi baru berkaitan penipuan dan kaedah mengelaknya. Pihak CTOS juga akan menyediakan 4 laporan kredit berkaitan anda – sekaligus memudahkan lagi anda memantau prestasi kredit anda, dan mengetahui skor semasa.
Langganan CTOS SecureID ini hadir pada harga langganan RM99 setahun, dan boleh dilakukan melalui laman rasmi mereka hari ini.