Maxis Mengemaskini Pelan MaxisOne Prime – Kini Hadir Dengan Data Tanpa Had Untuk Pelan Mudah Alih Dan Jalur Lebar

Maxis Mengemaskini Pelan MaxisOne Prime – Kini Hadir Dengan Data Tanpa Had Untuk Pelan Mudah Alih Dan Jalur Lebar

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Pada tahun lalu, Maxis memperkenalkan pelan MaxisOne Prime yang menggabungkan pelan telko bersama-sama dengan pelan jalur lebar pada satu harga yang tetap, iaitu RM367 sebulan.

Hari ini, Maxis mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini pelan tersebut, dimana pengguna hanya perlu melanggan kepada pelan telko yang berharga sekurang-kurangnya RM98 dan pelan jalur lebar yang berharga sekurang-kurangnya RM89 untuk mendapatkan manfaat daripada pelan MaxisOne Prime yang baru ini dan penjimatan sehingga RM180.

Dibawah pelan MaxisOne Prime yang baru ini, pelanggan boleh mendapatkan data, mesej dan panggilan tanpa had untuk kedua-dua pelan telko dan jalur lebar, sokongan untuk lima nombor telefon dibawah satu bil, jaminan Zero Downtime untuk Maxis Fibre, diskaun 50 peratus untuk peranti-peranti terbaru dan juga data rayauan percuma untuk semua apabila seorang pengguna memulakan data rayauan.

Pelan MaxisOne Prime baru ini sudahpun diaktifkan bermula hari ini, dan bagi mereka yang berminat, anda bolehlah ke laman web Maxis untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan tersebut.

Layari laman web MaxisOne Prime sekarang


TIPS & ULASAN