Facebook Messenger Mula Mengaktifkan Fungsi Nyah-Hantar Mesej

Facebook Messenger Mula Mengaktifkan Fungsi Nyah-Hantar Mesej

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Lebih seminggu yang lalu kami melaporkan Facebook Messenger bakal memberikan fungsi menyah-hantar mesej. Aplikasi pemesejan ini telah dikemaskini untuk mengaktifkan fungsi ini kepada pengguna di Poland, Bolivia, Colombia dan Lithuania.

Ia boleh dinikmati pada aplikasi Android dan iOS. Facebook mengesahkan nyah-hantar mesej akan diberikan kepada kesemua pengguna dalam masa terdekat. Pengguna diberikan masa selama 10 minit sahaja untuk memadan mesej yang dihantar. Selepas ini dilakukan penerima hanya akan melihat notifikasi yang telah dihantar sama seperti yang dilihat di dalam WhatsApp.

Mesej yang dihantar akan disimpan untuk seketika oleh Facebook sebelum dipadam sepenuhnya. Ini adalah bagi membolehkan ia digunakan sebagai bukti sekiranya mesej yang dihantar adalah berunsur ancaman dan dipadam untuk menghilangkan bukti.


TIPS & ULASAN