Telefon Sharp Aquos R2 Compact Dilancarkan Dengan Skrin Dwi-Takuk

Telefon Sharp Aquos R2 Compact Dilancarkan Dengan Skrin Dwi-Takuk

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Kita telah melihat evolusi rekaan peranti dengan rekaan takuk yang besar ke takuk kecil sebelum berubah sekali lagi kepada skrin dengan lubang kecil untuk kamera. Penggunaan takuk kurang digemari tetapi perlu bagi memberikan skrin besar dengan saiz peranti yang kecil. Sharp mempunyai idea berbeza dan telah melancarkan peranti dengan skrin dwi-takuk hari ini. 

Sharp Aquos R2 Compact mempunyai takuk kecil untuk kamera pada bahagian atas dan takuk lebih besar pada dagu untuk pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari ini juga berfungsi sebagai pad sesentuh untuk melakukan aksi navigasi berasaskan gesture.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.2″ FHD+ IGZO 12oHz, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri sebesar 2500 mAh. Kamera utama adalah sebesar 22.6-Megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Peranti ini menyokong audio Dolby Atmos dan paparan skrin HDR Dolby Vision. Sistem operasi Android Pie digunakan. Turut disertakan ialah kemampuan kalis air IPX5/8

Harga jualan masih belum diketahui tetapi seperti biasa peranti Sharp hanya akan ditawarkan untuk pasaran Jepun. Warna yang ditawarkan pula ialah putih, hitam dan hijau.

 


TIPS & ULASAN