Carian
Dolby Dimension ialah Fon Kepala Nirwayar Yang Turut Menyokong Pengecasan Nirwayar
November 15, 2018 Effi Saharudin

Bicu audio pada telefon pintar kini diancam kepupusan seperti Tapir Malaya. Realitinya ialah dunia semakin beralih ke aksesori nirwayar dan pengguna kini terdapat semakin banyak aksesori audio dengan kemampuan ini. Hari ini fon kepala nirwayar Dolby Dimension telah dilancarkan dan ia turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar.

Dolby Dimension mempunyai rekaan closed back, pemandu audio sebesar 40mm dan pad sesentuh pada bahagian sisi. Ini membolehkan ia mengawal pemain muzik dan juga menggunakan pembantu maya seperti Google Assistant dan Siri. Sistem pembatalan hingar turut disertakan dengan mod LifeMix yang membolehkan audio penting seperti pengumuman di lapangan terbang didengari.

https://www.youtube.com/watch?v=HrMjiqR14UA

Dengan sekali caj ia boleh beroperasi sehingga 15 jam atau 10 jam dengan pembatalan hingar diaktifkan. Ia boleh dicas semula menggunakan dermaga pengecasan nirwayar atau sambungan kabel mikroUSB. Tempoh pengecasan semula ialah dua jam. Sepasang Dolby Dimension boleh dimiliki pada harga $599 (~RM 2508).

Komen