Cari @ Amanz

Pembantu maya dalam sistem Android yang terkenal buat masa ini adalah Alexa dan Google Assistant. Dua pembantu maya ini popular pada peringkat global. Tidak lama lagi kita akan lihat kehadiran satu lagi pembantu maya baru sebagai saingan kepada Alexa dan Google Assistant, iaitu daripada Huawei.

Untuk pasaran China, Huawei sudah pun hadir dengan pembantu maya tersendiri Xiaoyi. Tetapi pembantu maya ini hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina sahaja. Huawei ingin hadir dengan pembantu maya untuk pasaran global kerana ingin mengikatkan dan menaik taraf perkhidmatan kecerdasan buatan mereka.

Adakah Huawei akan hadir dengan Xiaoyi versi global? Ataupun membangunkan satu lagi pembantu maya lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd