Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Beberapa hari lalu kami ada melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ingin membentangkan kertas kerja Harapan Coin kepada Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri,

Tun Dr. Mahathir kini berada di Singapura untuk lawatan kerja, dan Malay Mail telah melaporkan bahawa apabila ditanya mengenai penggunaan Harapan Coin oleh kerajaan pusat, beliau berkata bahawa cara kerajaan India menerapkan penggunaan sistem nirtunai di negara tersebut lebih menarik berbanding penggunaan Harapan Coin.

Tun turut berkata bahawa beliau telah berbicara dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, dan ia dikatakan bahawa wang tunai kini sangat kurang digunakan.

Ini telah membantu mengurangkan kadar pengamalan rasuah, dan rakyat India kini ramai menggunakan peranti pintar yang mampu milik untuk membayar bil, cukai dan melakukan urusan jual-beli.

Tun Mahathir tidak bercakap banyak mengenai Harapan Coin, tetapi beliau berkata kerajaan kini sedang mengkaji baik-buruk penggunaan kriptowang di dalam kerajaan, dan ini nampaknya selari dengan kata-kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan akan mengkaji undang-undang jual-beli kriptowang sewaktu Belanjawan 2019 tidak lama dahulu.


TIPS & ULASAN