Command & Conquer Dan Red Alert Bakal Hadir Dalam Resolusi 4K

Command & Conquer Dan Red Alert Bakal Hadir Dalam Resolusi 4K

Diterbitkan pada November 15, 2018 oleh .

Kita telah sedia melihat beberapa permainan popular suatu ketika dahulu yang menerima kemaskini pada tahun ini – dimana sokongan grafik ditambah-baik, selain paparan pada resolusi 4K, dan beberapa sokongan platform moden. Kini, pihak Electronics Arts turut mengikut jejak, dan mengumumkan kelak mereka akan menawarkan siri permainan Command & Conquer yang dikemaskini dan dinaik-taraf untuk platform moden masa kini – termasuk dengan sokongan 4K.

Red Alert 4k

Buat masa ini, EA mengesahkan yang mana permainan asal Command & Conquer, selain permainan Command & Conquer : Red Alert akan dikemaskini dan ditawarkan dalam bentuk sokongan 4K.

Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, EA mengesahkan yang mana ia tidak akan hadir dengan sokongan mikro-transaksi seperti beberapa permainan lain masa kini.

Bacaan lanjut : Pembangun Malaysia turut terlibat dalam permainan kemaskini Command & Conquer ini.


TIPS & ULASAN