Carian
CIMB Menggunakan Teknologi Rantaian-Blok Ripple Untuk Sokongan Kiriman Wang
November 16, 2018 Aman

CIMB hari ini telah mengumumkan kerjasama strategik dengan pembangun teknologi berasaskan rantaiaan-blok, Ripple. Melalui kerjasama ini, CIMB akan menggunakan rangkaian Ripple dalam usaha memudahkan kiriman wang antara negara oleh pengguna mereka.

CIMB Ripple

Teknologi rantaian-blok RippleNet ini digunakan oleh pelbagai bank di seluruh dunia, dimana ia memudahkan pemindahan dana dan kiriman wang antara negara dengan lebih efisyen – selain menjanjikan akses yang lebih pantas, selain kos yang rendah.

Hasil kerjasama ini, CIMB telah mengintegrasikan sokongan rantaian-blok ini pada perkhidmatan SpeedSend. Perkhidmatan ini membolehkan anda membuat kiriman wang ke beberapa negara, termasuk Indonesia, China, India, Singapura dan sebagainya.

CIMB juga dijangka mengintegrasikan sokongan rantaian-blok ini pada beberapa perkhidmatan lain dibawah mereka pada masa akan datang.

Komen