Cari @ Amanz

HMD Global kini telah mengumumkan satu lagi telefon bimbit mereka terbaru yang disasarkan untuk pasaran negara membangun dan juga untuk mereka yang inginkan telefon kedua, iaitu Nokia 106.

Nokia 106

Nokia 106 merupakan telefon bimbit asas yang hadir dengan skrin berwarna 1.8-inci, dan dilengkapi papan kekunci fizikal berasaskan nombor. Ia memfokuskan kepada ciri asas telefon, iaitu membuat dan menerima panggilan, selain untuk SMS. Telefon ini juga turut hadir dengan sokongan radio FM, dan bateri yang boleh ditanggalkan.

HMD Global mengatakan telefon in mampu menawarkan masa ketahanan bateri sehingga 21 hari lamanya, selain masa berbual sehingga 15.7 jam.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip MTK 6261D, memori 4MB, dan ruangan storan 4MB. Ia turut menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB untuknya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon bimbit ini akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd