Papan Kekunci Razer Blackwidow Lite Dilancarkan Untuk Kegunaan Pejabat

Papan Kekunci Razer Blackwidow Lite Dilancarkan Untuk Kegunaan Pejabat

Diterbitkan pada November 16, 2018 oleh .

Di tahun 2018 adalah tidak canggung untuk mengaku mempunyai hobi permainan video. Hanya sedekad yang lalu ia dipandang serong kerana dilihat sebagai hobi yang tidak matang serta membazirkan waktu. Bagi golongan gamer yang ingin menggunakan papan kekunci kegemaran mereka di pejabat, Ia mungkin kelihatan aneh kerana lampu LED serta suis yang bising. Untuk anda Razer Blackwidow Lite telah dilancarkan.

Blackwidow Lite ialah papan kekunci gaming mekanikal yang direka untuk kegunaan di pejabat. Ia hanya dilengkapi lampu berwarna putih yang boleh diselajukan dengan sistem Razer Synapse. Suis Razer Orange digunakan bagi mengurangkan bunyi ketika menaip. Bagi yang berminat Razer Blackwidow Lite dijual pada harga $90 (~RM 376).


TIPS & ULASAN