Cari @ Amanz

Oppo A7 Telah Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo kini nampaknya telah mula menawarkan Oppo A7 untuk pasaran tempatan, pada harga bermula RM999. Telefon pintar ini telah pun ditawarkan oleh para pengedar rasmi Oppo seluruh negara seluruh Malaysia sejak daripada semalam.

Oppo A7 menawarkan rekaan seumpama Oppo A7x, tetapi dengan perubahan sangat minima pada bahagian spesifikasi.

Oppo A7

Oppo A7 hadir dengan skrin 6.2-inci pada resolusi 720p, dijana cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang 13-megapixel + 2-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 4230mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak pengedar rasmi Oppo seluruh negara, dan mendapatkan telefon pintar terbaru ini.


Komen ()