Kemaskini Wear OS H Akan Menjimatkan Penggunaan Bateri Apabila Jam Tidak Dipakai

Kemaskini Wear OS H Akan Menjimatkan Penggunaan Bateri Apabila Jam Tidak Dipakai

Diterbitkan pada November 16, 2018 oleh .

Jam tangan pintar telah dipasarkan sejak lima tahun yang lalu. Wear OS ialah sistem operasi jam tangan pintar yang dibangunkan oleh Google dan ia antara yang mempunyai jumlah pengguna yang tinggi. Satu masalah sarwajagat jam tangan pintar ialah hayat bateri yang tidak sebaik jam tangan konvensional. Oleh itu kemaskini Wear OS H yang bakal diberikan kelak ialah inovasi yang cuba menyelesaikan masalah ini.

Wear OS H mempunyai mod di mana jam tangan mengesan apabila ia tidak dipakai pada pergelangan tangan. Selepas 30 minit, ia akan mengaktifkan mod penjimatan bateri bagi memanjangkan hayat peranti. Turut diperkenalkan ialah mod Battery Saver yang hanya memaparkan waktu apabila bateri di tahap 10%.

Seperkara lagi fungsi Smart Resume juga diperkenalkan yang menyambung penggunaan aplikasi pada kali terakhir ia digunakan. Akhir sekali proses mematikan jam juga dikemaskini dengan butang kuasa apabila ditekan akan memberikan pilihan mematikan atau memulakan semula jam. Kemas kini ini akan diberikan secara berperingkat dalam masa beberapa bulan.


TIPS & ULASAN