Cari @ Amanz

HTC boleh dikatakan agak menghilang akhir-akhir. Namun, mereka masih tidak melupakan pasaran tempatan, dan hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru untuk para peminat jenama HTC, iaitu HTC U12 Life.

HTC U12 Life hadir dengan skrin 6-inci pada resolusi HD penuh, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

HTC U12 Life

Untuk rakaman gambar, HTC U12 Life menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP, selain kamera hadapan 13-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3600mAh yang dicas menggunakan USB-C, selain port untuk bicu audio 3.5mm. Telefon ini turut mengekalkan sokongan NFC, selain storan yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

HTC U12 Life ini hadir menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo berasaskan antaramuka HTC Sense.

Di Malaysia, HTC U12 Life ini telah mula ditawarkan dalam pilihan warna biru dan ungu pada harga RM1399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd