Netflix baru-baru ini telah mulakan ujian untuk pelan peranti mudah-alih sahaja pada harga RM17 sebulan. Selain daripadanya, ia juga dilihat yang mana kini Netflix turut menawarkan sedikit diskaun untuk langganan pelan premium khusus untuk pengguna peranti Apple.
Melalui aplikasi Netflix untuk iOS, pengguna baru dilihat boleh melanggan pakej Premium pada harga RM49.90 sebulan – sedikit murah berbanding pelan untuk pengguna umum pada harga RM51 sebulan.
Selain pelan Premium, pelan Standard juga dilihat ditawarkan pada harga sedikit murah, iaitu RM41.90 berbanding harga biasa RM42.
Pelan Basic pula dilihat ditawarkan pada harga sedikit tinggi, iaitu RM33.90 berbanding harga biasa RM33.
Harga ini ditawarkan untuk langganan melalui aplikasi Netflix untuk iOS – sekaligus memperlihatkan Netflix mengalakkan pengguna peranti iOS untuk melanggan pakej Premium berbanding pakej Basic biasa.
Mungkin kita akan melihat beberapa eksperimen lain dilakukan oleh Netflix dikalangan pengguna tempatan dalam minggu-minggu akan datang.