Cari @ Amanz

AMD Memperkenalkan Kad Grafik AMD Radeon RX 590 Secara Rasmi

Oleh Nazrin

Link Copied!

Setelah beberapa butiran tertiris mengenainya, AMD akhirnya telah mengumumkan kehadiran kad grafik terbaru mereka, AMD Radeon RX 590.

Kad grafik AMD Radeon RX 590 ini ialah penambahbaikan daripada kad grafik RX 580 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi cip pemprosesan grafik Polaris tersebut kini dibina menggunakan proses 12nm yang dikatakan memberikan kad grafik RX 590 ini penambahbaikan prestasi grafik sebanyak 20 peratus.

Dari segi kelajuan grafik pula, Radeon RX 590 ini hadir dengan kelajuan asas 1469MHz dan kelajuan Turbo Boost 1545MHz. Dari segi memori, ia masih hadir dengan memori GDDR5 8GB yang hadir pada kad grafik RX 580 sebelum ini.

Dalam pada itu, AMD juga turut mengumumkan bahawa mereka akan menjual kad-kad grafik ini dengan beberapa permainan komputer yang akan datang, termasuklah Resident Evil 2, Devil May Cry 5 dan Tom Clancy’s The Division 2.

Para pembeli kad grafik AMD Radeon RX 590 ini akan diberi pilihan untuk mendapatkan dua daripada tiga permainan komputer ini secara percuma dengan setiap pembelian kad grafik tersebut, ataupun komputer yang hadir dengan kad grafik tersebut apabila ia tiba di pasaran.

Menurut AMD, kad grafik AMD Radeon RX 590 ini sudahpun tiba di pasaran antarabangsa melalui rakan-rakan pembina mereka seperti ASUS, Sapphire dan sebagainya, dan akan harga jualan kad grafik ini bermula daripada $279 (~RM1169).


Komen ()