Cari @ Amanz

Semakin kita berusia, semakin banyak nikmat ditarik oleh Allah bagi menguji kesabaran. Bagi insan yang sudah hidup lebih enam dekad, kaki mula mengalami masalah untuk mendaki tangga. Tetapi bagi orang kebanyakan untuk memasang lif di dalam rumah adalah jauh di luar kemampuan. Vertiwalk direka khas untuk pengguna berusia yang memerlukan lif di rumah tetapi tidak mempunyai ruang yang cukup.

Seperti namanya, Vertiwalk menggunakan pergerakan tubuh untuk melakukan proses turun dan naik. Ia hanya memerlukan ruang sebesar 80×80 cm untuk dipasang. Dengan Vertiwalk pengguna masih boleh tinggal di rumah bertingkat tanpa memerlukan bantuan. Pereka lif berkuasa manusia ini ialah Rombout Frieling yang berasal dari Belanda. Beliau sedang mencari pelabur untuk menghasilkan Vertiwalk secara komersial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd