Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia akan meletakkan jawatan berkuatkuasa 16 November 2018. Datuk Bazlan Osman juga akan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif berkuatkuasa 28 Februari 2019. Beliau sebelum ini telah berkhidmat dengan kumpulan TM sepanjang 16 tahun lamanya.

Sebagai ganti untuk beliau, Imri Mokhtar akan mengambil-alih peranan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bermula 16 November 2019 ini.

Unifi

Imri sebelum ini merupakan Naib Presiden Eksekutif Unifi, yang mana bertanggungjawab dalam keseluruhan pengurusan perkhidmatan Unifi – merangkumi jalur-lebar, khidmat mudah-alih, unifi TV, Unifi Wifi dan juga telefon. Perlantikan Imri dikatakan selari dengan pelbagai tanggungjawab yang telah beliau laksanakan buat waktu semasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembanga sihat dibawah Imri – apatah lagi dengan pelbagai perancangan bergerak kehadapan, termasuk dalam menaik-taraf Unifi sehingga 800Mbps, pelan baru untuk pengguna Streamyx, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd