Cari @ Amanz

Mengitar semula kini adalah perlu bagi mengurangkan impak manusia kepada alam sekitar. Tin aluminium, plastik dan kertas adalah antara produk yang sering kita dengar dikitar semula. Di University of Cape Town, air kencing manusia berjaya dikitar semula untuk digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan batu bata Bio-Brick.

Air kencing manusia dicampurkan dengan pasir dan bakteria sebelum menjalani proses pemendakan karbonat mikrob (microbial carbonate percipitation). Mikrob bertindak balas dengan urea di dalam air kencing untuk menghasilkan kalsium karbonat pada suhu bilik. Semakin lama ia bertindak balas dengan mikrob, semakin kuat Bio-Brick yang dihasilkan.

Selain mengitar semula air kencing, Bio-Brick tidak memerlukan relau yang membakar bahan api fosil. Ini sekaligus mengurangkan lagi pencemaran udara.

Selain mengitar semula air kencing, di UTHM puntung rokok juga telah dikitar semula menjadi batu bata dan tahi khinzir pula menjadi bahan binaan jalan raya mesra alam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd