Cari @ Amanz

Spotify kini dilihat telah mula mengubah pengguna yang menggunakan pelan Spotify Premium kepada pelan Spotify Percuma sekiranya mereka menetap di alamat yang berbeza.

Langkah ini diambil oleh pihak Spotify, selari dengan terma perkhidmatan mereka yang memerlukan para pengguna Spotify Premium perlu menetap di alamat yang sama.

Spotify Premium Percuma

Hal ini sekaligus menimbulkan pelbagai pertanyaan dikalangan pengguna – memandangkan terdapatnya pengguna sekeluarga yang mungkin menetap di rumah berbeza di sesuatu taman dan sebagainya.

Spotify sebelum ini pernah melakukan ujian sebegini di beberapa buah negara – namun, menghentikannya selepas ramai mengkritiknya. Kini, penyedia perkhidmatan berkenaan dilihat mula melaksanakannya kembali, yang mana turut dilakukan untuk kalangan pengguna tempatan.

Bagi anda, adakah anda terkesan dengan perubahan baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd