Kemaskini 6 petang, 17 November : Telekom Malaysia mengumumkan harga pakej akan kekal seperti biasa, iaitu RM129 selepas tempoh 24 bulan.
On the concerns raised on our @unifi 100Mbps plan, TM would like to clarify that the monthly charges remain the same at RM129 post the 24-month contract. We apologise for the confusion caused and we are updating the information published on our website as soon as we can.
— TM Group (@myTMgroup) November 17, 2018
Laporan asal:
Telekom Malaysia sedia menawarkan pakej Unifi 100Mbps pada harga RM129 sebulan sejak beberapa bulan lepas, sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi berkenaan pada harga kompetitif.
Pakej ini, seperti semua sedia maklum, hadir dengan langganan kontrak selama 24 bulan, menawarkan kelajuan muat-turun 100Mbps, dan muat-naik 50Mbps.
Terkini, TM dilihat telah mengemaskini halaman FAQ mereka, dan turut menyatakan yang mana harga langganan pakej ini akan berubah menjadi RM159 sebulan selepas tempoh 24 bulan berkenaan.
Apa pun, bagi pelanggan sedia ada, mungkin anda tidak perlu risau. Ini kerana anda boleh berubah pelan kepada pelan baru kelak selepas dua tahun – yang mana mungkin ketika itu ditawarkan pada harga lebih rendah, tetapi dengan keperluan untuk anda menyambung kontrak bersama Telekom Malaysia.
Selain daripada perubahan ini, TM juga dijangka akan memperkenalkan pakej langganan data tambahan untuk pakej Unifi 30Mbps sekitar awal tahun hadapan.