Cari @ Amanz

Kerangka Pod Case Mengubah Apple Watch Menjadi Sebuah iPod

Link Copied!

Sebelum iPhone, iPod ialah pemain MP3 yang menjadi idaman penggemar audio seluruh dunia. Ia menawarkan kualiti audio yang baik, sistem navigasi beroda yang unik serta warna putih yang ikonik. Bagi pengguna Apple Watch yang mempunyai nostalgia dengan iPod asal, anda boleh membeli kerangka Pod Case di bawah.

Pod Case mengubah sebuah Apple Watch untuk kelihatan seperti sebuah iPod yang bersaiz mini. Ia diperbuat daripada bahan silikon yang tahan lasak dengan kebuk untuk menguatkan audio. Malang sekali butang navigasi berputar pada Pod Case hanya sekadar hiasan. Sebuah tali disertakan membolehkan ia disarung pada pergelangan tangan. Kerangka yang menarik ini direka oleh Joyce Kang & C.O Design Lab dan ianya masih sebuah konsep sahaja buat masa ini.


Komen ()