Hukum mengenai penggunaan Bitcoin telah diutarakan oleh ramai pengguna sejak setahun dua ini. Kini, menyentuh mengenainya, Mufti Wilayah Persekutuan mengumumkan yang mana Bitcoin yang ada pasa masakini sebagai suatu mata wang adalah dilarang.
Seperti ramai sedia maklum, Bitcoin merupakan kriptowang yang popular, dan digunakan ramai dalam pelbagai bentuk. Namun, ia masih mempunyai bebrapa kekurangan – dan masih tidak menepati kriteria penuh sebagai sebuah mata wang.
Mufti Wilayah Persekutuan memperlihatkan yang mana Bitcoin mempunyai beberapa kebaikkan, tetapi pada masa yang sama terdapat beberapa keburukkan juga. Ia mampu memudahkan transaksi atas-talian dilakukan dengan lebih pantas, memberikan tahap keselamtan, dan mempunyai kadar nilai yang tinggi.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, ia turut membawa kepada sejumlah kekurangan dan keburukkan. Antaranya adalah termasuk:
– Bitcoin tidak mempunyai sandaran nilai yang stabil dan tetap.
– Terdapat unsur-unsur gharar dalam transaksi bitcoin khususnya di peringkat bursa.
– Ia boleh dimanipulasi sebagai dana mudah bagi penjenayah untuk membiayai kegiatan keganasan dan penjenayah siber.
– Sistem keselamatan di bursa dagangan bitcoin juga boleh mengundang masalah apabila pernah beberapa kali digodam sehingga mengakibatkan kerugian bernilai jutaan dolar.
– Bitcoin merupakan satu mata wang yang tidak diawasi oleh mana-mana badan berautoriti.
Mampu memberi ancaman kepada sistem kewangan negara.
– Munculnya berbagai-bagai skim pelaburan bitcoin yang kebanyakannya berasakan skim cepat kaya (penipuan).
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, buat masa ini penggunaan Bitcoin adalah dilarang kerana tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun, hukum ini boleh berubah jika penambah-baikkan dilakukan terhadap Bitcoin – termasuk dari segi pengeluaran, pengawal harga, keselamatan, perundangan dan sebagainya.