Lanjutan daripada laporan kami pada awal pagi ini, kini Telekom Malaysia melalui saluran rasmi mereka mengumumkan yang mana mereka akan mengekalkan harga pakej bulanan untuk pelan 100Mbps kepada RM129 pasca kontrak 24-bulan.
On the concerns raised on our @unifi 100Mbps plan, TM would like to clarify that the monthly charges remain the same at RM129 post the 24-month contract. We apologise for the confusion caused and we are updating the information published on our website as soon as we can.
— TM Group (@myTMgroup) November 17, 2018
Sebelum ini, melalui laman FAQ untuk Unifi, TM memperlihatkan yang mana harga pakej Unifi akan ditingkatkan kepada RM159 selepas tempoh 24 bulan. Lanjutan daripada laporan kami pagi ini, pelbagai pengguna telah membuat aduan dan menyatakan ketidak-puashatian terhadap TM.
Kini, TM mengambil langkah pro-aktif dan mengumumkan akan mengekalkan harga seperti biasa, dan memohon maaf untuk informasi yang mengelirukan pada laman mereka.
Walaubagaimanapun, pihak TM masih berdiam diri berkenaan harga penawaran untuk pakej Streamyx sehingga kini.