Pengguna perkhidmatan Unifi dilihat mengalami masalah untuk mengakses perkhidmatan mereka pada hari ini. Masalah ini dilihat dihadapi pengguna yang menggunakan perkhidmatan jalur-lebar TM – termasuk Unifi dan Unifi Mobile, dimana pelbagai web menghadapi masalah untuk diakses, selain pelayan permainan yang sukar dicapai.
Pihak Telekom Malaysia masih tidak berkongsi secara rasminya berkenaan dengan masalah ini. Masalah ini dilihat dihadapi pengguna walaupun telah mengubah kepada DNS pihak ketiga – sekaligus memperlihatkan masalah yang hadir ini bukan disebabkan oleh masalah TM DNS. Saluran media sosial milik TM masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan punca masalah ini buat masa ini, dan sekadar mengatakan perkhidmatan mereka mempunyai gangguan yang memberikan impak kepada pengguna.
Hi. Kami mohon maaf atas segala kesulitan. Ketika ini terdapat gangguan perkhidmatan impak kepada pengguna TM. Tindakan baik pulih segera sedang dalam progress
— help me unifi (@helpmeunifi) November 18, 2018
Selain Telekom Malaysia, pengguna perkhidmatan internet Maxis juga turut menghadapi masalah untuk mengakses internet. Bercakap mengenainya, Maxis mengatakan yang mana ia adalah disebabkan oleh masalah akses fiber yang sedang dialami buat masa ini diseluruh negara.
Hi. We are aware of the current Fibre internet issue nationwide and our team is working diligently to resolve it as soon as
— Maxis (@MaxisListens) November 18, 2018
Bagi anda sendiri, adakah anda mengalami sebarang masalah dengan akses internet anda hari ini?