Maxis Menyasarkan Perkhidmatan Internet Fiber Dibaik-Pulih Menjelang 2 Pagi

Maxis Menyasarkan Perkhidmatan Internet Fiber Dibaik-Pulih Menjelang 2 Pagi

Diterbitkan pada November 18, 2018 oleh .

Selain perkhidmatan internet Telekom Malaysia, perkhidmatan internet jalur-lebar berasaskan fiber daripada Maxis juga menghadapi masalah komunikasi. Sejumlah web menghadapi masalah untuk diakses, dan kadang-kala mengambil masa yang lama.

Ia telah dialami pengguna sejak beberapa jam yang lepas. Sementara TM yang mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan kenyataan mengenainya, Maxis dilihat sedikit proaktif dan membalas pertanyaan pengguna. Malah, mengikut beberapa balasan di media sosial yang dilakukan akaun khidmat sokongan rasmi Maxis, mereka menyasarkan yang mana masalah ini mungkin selesai menjelang 2 pagi – sekiranya tiada sebarang masalah lanjutan yang dihadapi.

Buat masa ini, apakah masalah teknikal disebaliknya akses yang perlahan ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN