Kemaskini 9.20 pagi : TM mengatakan kabel terpotong disebabkan kerja pembangunan MRT dan WSE. Baik-pulih telah dilakukan, dan ia dijangka selesai sepenuhnya menjelang 10 pagi.
Update on the cable cut in Sentul and Sabak Bernam due to MRT and WSE construction works;
Our network has been restored progressively in most areas and we expect full restoration to be done by 10am today. We will keep you posted on updates.
— unifi (@unifi) November 19, 2018
Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, kini Telekom Malaysia telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan perkhidmatan telekomunikasi mereka seperti Unifi, Streamyx dan Unifi Mobile – selain khidmat pukal mereka terganggu di kawasan utara, timur, tengah, Sabah dan Sarawah sejak 11 malam, 17 November 2018 lepas.
Masalah ini dikatakan disebabkan oleh insiden beberapa kabel terpotong disebabkan oleh kontraktor pihak ketiga di Sentul dan juga Sabak Bernam.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Maxis sebelum ini, Telekom Malaysia mengatakan mereka menyasarkan untuk kerja baik-pulih selesai menjelang 6 pagi, 19 November 2018 ini.
Telekom Malaysia memohon maaf disebabkan masalah yang dihadapi oleh pelanggan TM.