Google “Menangguhkan” Pembangunan Kanta Lekap Pintar Untuk Memantau Tahap Glukosa

Google “Menangguhkan” Pembangunan Kanta Lekap Pintar Untuk Memantau Tahap Glukosa

Diterbitkan pada November 19, 2018 oleh .

Pada 2014 yang lepas, Google melalui Google X telah mengumumkan projek terbaru yang ingin membangunkan sebuah kanta lekap pintar untuk memantau tahap glukosa pengguna – disasarkan untuk mereka yang mengalami masalah diabetes. Melaluinya, Google ingin memudahkan pengguna memantau tahap gula setiap hari tanpa perlu melakukan ujian darah.

Sejak pengumuman berkenaan, pelbagai pembangunan telah dilakukan, termasuk Google sendiri mengasingkan projek ini dibawah syarikat baru dinamakan Verily.

Terkini, anak syarikat Alphabet berkenaan mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pembangunan projek kanta lekap pintar ini untuk tujuan pemantauan tahap glukosa. Sebaliknya akan menggunakan kanta lekap untuk beberapa perkara lain berkaitan kesihatan.

Langkah penangguhan ini diambil selepas pelbagai ujian klinikal dilakukan untuk kanta lekap pintar ini. Ia didapati yang mana data yang dihimpunkan daripada tahap glukosa pada air mata adalah tidak konsisten dengan tahap glukosa yang didapati daripada darah.

Ia juga didapati yang mana biomolekul pada air mata turut menganggu dalam mendapatkan bacaan tahap glukosa yang jitu.

Disebabkan itu, Verily kini menangguhkan projek berkenaan. Sementara itu, mereka turut mengumumkan akan menggunakan kanta lekap pintar untuk beberapa projek lain.


TIPS & ULASAN