Cari @ Amanz

Pada hari ini, rangkaian 5G masih tidak tersedia untuk pengguna umum secara meluas, malah peranti yang menyokongnya juga masih tidak dipasarkan lagi kepada umum. Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan para pengkaji untuk melihat ke arena akan datang.

Terkini, China menyasarkan untuk memulakan pembangunan dan kajian untuk rangkaian mudah-alih generasi ke-6, atau “6G” menjelang 2020 kelak. Kajian konsep telah pun dimulakan pada tahun ini oleh kementerian di China.

Secara teorinya, rangkaian 6G mungkin boleh mencapai had kelajuan sehingga 1TB – sekaligus mengurangkan kadar pendam masa, dan menawarkan rangkaian yang sentiasa berhubung tanpa masalah. Ini juga dikatakan akan membolehkan peranti berhubung ke rangkaian dengan lebih efisyen berbanding rangkaian 5G.

Seperti biasa, buat masa ini, ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenai rangkaian 6G ini. Rangkaian 5G juga perlu mula digunakan dengan meluas, sebelum mengetahui hadnya yang perlu diatasi oleh rangkaian 6G kelak.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai pembangunan rangkaian 6G ini kelak. Sementara itu, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai pengenalan rangkaian 5G di Malaysia dan seluruh dunia. Buat masa ini, kerajaan telah mengumumkan yang mana ujian akan dimulakan di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya sepanjang setahun ini – sebelum mengambil langkah untuk pengenalannya secara komersil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd