Carian
Aplikasi Natif ARM64 Untuk Peranti Windows ARM Kini Boleh Dibangunkan Melalui Visual Studio
November 19, 2018 Nazrin

Jika sebelum ini perisian dan aplikasi yang hadir pada sistem operasi Windows biasanya diaturcara menggunakan set arahan x86, Microsoft dilihat berjinak-jinak dengan platform ARM pula, dengan mengeluarkan sistem operasi Windows yang menyokong penggunaan CPU tersebut.

Salah satu masalah disini ialah pembangunan aplikasi ARM64 untuk sistem operasi ini tidak boleh dilakukan sebelum ini, dan pengguna hanya boleh menggunakan aplikasi x86 yang dilagakkan untuk menyokong CPU ARM.

Masalah disini ialah perisian yang dilagakkan ini tidak dapat menggunakan keupayaan CPU ARM secara penuh, dan ini merugikan pengguna.

Dengan kemaskini Visual Studio 15.9 yang baru sahaja dilancarkan, Microsoft mengatakan bahawa pembangun perisian dan aplikasi kini boleh membangunkan aplikasi ARM natif yang lebih cekap.

Apa yang lebih menarik lagi, aplikasi-aplikasi ini turut boleh dimuat-naik ke Microsoft Store untuk memudahkan orang ramai melihat dan menggunakannya.

Komen