Cari @ Amanz

SKMM hari ini telah mengeluarkan kenyataan lanjutan daripada komen pihak menteri sebelum ini. Menurut SKMM, sehingga kini, mereka telah menerima sebanyak 7946 aduan berkaitan perkhidmatan TM – dimana 21% adalah berkenaan dengan harga, dan 16% lagi adalah berkaitan liputan Unifi.

Menurut SKMM, jikalau dibandingkan dengan aduan untuk setiap 1000 pelanggan, TM merekodkan aduan paling tinggi dikalangan penyedia perkhidmatan lain.

Selain daripada itu, SKMM juga mengatakan yang mana tindakan TM yang sentiasa memetik had teknikal dan meminta pelanggan bersabar adalah suatu tindakan yang tidak boleh diterima. SKMM turut memberikan contoh berkenaan masalah gangguan internet semalam dimana TM tidak memberikan sebab untuknya sehinggalah ke pagi ini.

Pengumuman ini juga selari dengan apa yang diperkatakan oleh menteri pada penghujung minggu lepas – dimana TM perlu berkomunikasi dengan lebih efisyen dengan pelanggan mereka.

Pada masa yang sama, SKMM turut mengatakan TM perlu merasionalkan perbezaan harga untuk setiap MB antara Unifi dan Streamyx. Langkah ini adalah penting kerana memastikan pelanggan menikmati kelajuan internet tanpa dengan adil tanpa diskriminasi.

SKMM juga meminta TM untuk lebih telus dalam berurusan dengan rakyat, dimana menawarkan pakej yang membawakan nilai dan tidak mengambil kesempatan disebabkan ketiadaan pilihan untuk pelanggan.

Pada hari ini, pelanggan Streamyx dicaj sehingga RM110 untuk 1Mbps, sementara pelanggan Unifi ditawarkan pakej RM129 untuk 100Mbps. Hal ini sekaligus membawakan kepada perbezaan harga yang tinggi, dan tidak begitu adil untuk pelanggan Streamyx yang perlu menanggung kos tinggi.

SKMM akhir sekali menekankan yang mana mereka lebih memastikan kepada perlindungan pengguna, dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana penyedia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd