Cari @ Amanz

Tahun 2018 dan 2017 bukanlah tahun yang baik baik HTC. Syarikat yang dahulunya di tangga pertama pengeluar peranti dunia kini tidak lagi berada di dalam senarai lima teratas. Nasib mereka semakin terjejas kerana peranti mercu seperti HTC U12+ tidak mendapat sambutan dari pengguna.

Menurut laporan Phandroid, pada tahun 2019 mereka tidak akan menghasilkan peranti mercu HTC U13+. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian kepada pasaran peranti kelas pertengahan dan “produk lain” selepas ini. Sejak kebelakangan ini HTC lebih menumpukan kepada peranti realiti maya Vive mereka berbanding telefon pintar yang semakin sukar ditemui di pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd