Dengan adanya perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify, jutaan lagu boleh didengari terus dari peranti tanpa menggunakan storan di dalam peranti. Muzik boleh dinikmati pada kualiti tinggi sekaligus memerangi masalah cetak rompak yang dahulu pernah hampir menghapuskan industri muzik.
Bagi yang belum pernah melanggan akaun Spotify, anda boleh menikmati penstriman Premium selama tiga bulan pada harga RM2.
Tawaran ini hanya terbuka kepada pelanggan baharu sahaja. Kepada pelanggan Premium yang telah membatalkan langganan sebelum 16 Oktober, anda kini boleh melanggan selama tiga bulan pada harga RM14.90 sahaja. Bagi yang berminat, tempoh penawaran adalah dari 16 November sehingga 31 Disember sahaja.
- Langgan : Spotify Premium