Carian
Kecerdasan Buatan OpenAI Dan DeepMind AI Kini Mencapai Tahap Luar Biasa Dalam Permainan Pong Dan Enduro
November 19, 2018 Fahim Zahar

Kecerdasan buatan yang mampu bermain permainan video bukan lagi sesuatu perkara yang baru. Sebelum ini, kecerdasan buatan dari OpenAI telah pun berjaya bermain DOTA 2 dan pernah mengalahkan permainan profesional dari The International. Tujuan kecerdasan buatan ini dilatih untuk bermain permainan video adalah untuk mengumpul data agar kelak, kehebatan kecerdasan buatan akan menjadi semakin hebat dan semakin bijak.

Terkini, kecerdasan buatan OpenAI dan DeepMind AI telah berjaya mencapai tahap luar biasa dalam prestasi bermain permainan klasik Pong dan Enduro. Kecerdasan buatan ini mempelajari dari tindak balas manusia. Rangkaian neural mendalam kecerdasan buatan ini mempunyai fungsi matematik yang dibentuk sebagai neuron otak. Kecerdasan buatan ini mampu memerhati dan mengutamakan trajektori permainan.

Kecerdasan buatan ini dinamakan sebagai ejen pemain-permainan (Game-player). Ejen ini bukan dicipta untuk mimik pemain manusia, jika ingin mimik – pemain profesional perlu melatih ejen ini. Ejen dihasilkan hanya untuk capai pada tahap hampir dengan seorang pakar dalam permainan video. Ejen ini mewakili dua bahagian, satu rangkaian Q-Learning mendalam yang dihasilkan oleh DeepMind untuk capai prestasi tahap luar biasa dan satu rangkaian neural perlingkaran yang dilatih oleh penganotasi manusia atau sistem sintetik. Ejen ini kemudiannya akan mempelajari dari pelbagai demonstrasi dan pengalaman. Akan tetapi, pembangun tetap akan mengawal mereka untuk mengelak ejen ini kawal dengan sendiri dan mula menggodam.

Ejen ini bukan sahaja dilatih dengan dua permainan klasik (Pong/Enduro). Tetapi juga dari banyak permainan Atari 2600 seperti Breakout, Q*bert Seaquest, Montezuma’s Revenge, dan juga Private Eye. Mengejutkan, apabila ejen ini tidak dikawal dan cuba bermain Super Mario – sistem ini menemui 11 peringkat, bilik-bilik rahsia dan turut boleh menumpaskan ketua musuh. Ejen dilihat agak pintar dan bijaksana. Adakah kita sudah sampai tahap di mana Skynet seperti dalam filem Terminator akan menakluk dunia? Atau kita sebagai manusia masih lagi boleh kawal ejen-ejen ini?

Sumber: [1], [2]

Komen