Pelbagai inisiatif kini dilakukan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan kelajuan Internet kepada pelanggan sedia ada. Terkini pelanggan Astro-Maxis IPTV pula akan menerima naik-taraf kelajuan. Pelanggan pelan 10 Mbps akan menerima naik-taraf kelajuan ke 30 Mbps pada bulan Disember dengan bayaran bulanan RM89. Sebelum ini pakej 30 Mbps ditawarkan pada harga RM248 sebulan.
Pelanggan 30 Mbps semasa pula akan menerima potongan bayaran bulanan ke RM89 pada bulan Disember. Kelajuan kemudian akan dipertingkatkan ke 100 Mbps pada bulan Januari 2019. Pelanggan 30 Mbps kemudian akan diberikan pilihan untuk menaiktaraf ke 100 Mbps atau kekal menggunakan pakej sedia ada. Pelanggan yang memilih naik taraf ke 100 Mbps akan menikmati perkhidmatan Internet tanpa had dan penghala baharu. Berkas siaran Astro juga ditawarkan pada harga bermula RM 39.95 sebulan.
Bayaran bulanan untuk pakej baharu 100 Mbps ini masih belum diumumkan tetapi mungkin lebih rendah dari yang ditawarkan pesaing mereka.