Cari @ Amanz

Google boleh dikatakan agak ketinggalan dalam arena sosial – selain YouTube. Sebelum ini, mereka boleh dikatakan agak gagal dengan Google+, namun, ini tidak bermakna mereka berhenti dalam menguji pelbagai ciri-ciri sosial yang sekaligus meningkatkan interaksi pengguna.

Terkini, Google dilihat mungkin akan membolehkan pengguna meninggalkan komen pada beberapa jenis hasil carian.

Diuji secara terhad, kini Google telah mengaktifkan halaman “Your Contribution” – yang mana membolehkan pengguna memantau komen-komen yang ditinggalkan mereka pada halaman carian Google. Daripada apa yang kelihatan, kelak pengguna boleh meninggalkan komen pada hasil carian untuk sukan yang sedang berlangsung.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah bentuk paparannya kelak. Tetapi, seperti biasa, pengguna lain boleh membuat tapisan untuk melihat semua komen, atau komen popular sahaja.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai ciri baru daripada Google ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd