Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah bekerjasama dengan Temasek untuk hadir dengan laporan berkaitan ekonomi digital rantau Asia Tenggara. Melalui laporan yang dikeluarkan sebelum ini, mereka meramalkan yang mana ekonomi digital di rantau ini mungkin bernilai sekitar $200 bilion menjelang 2025 kelak. Walaubagaimanapun, melalui laporan terbaru, ia memperlihatkan ekonomi digital Asia Tenggara akan berkembang dengan lebih pesat lagi.

Melalui kajian dan penyelidikan yang dilakukan pada tahun ini, laporan Google-Temasek melihat percepatan pasaran drastik, dan menjangkakan angka itu lebih hampir kepada USD$240 bilion (RM1,004,340 juta).

Secara ringkasnya, ekonomi internet di Asia Tenggara telah melalui titik yang sangat memberansangkan pada 2018. Dikuasakan oleh pengguna internet mudah alih yang paling terlibat di dunia, industri seperti e-dagang, media atas-talian, jalur atas-talian, dan perkhidmatan seru-pandu berkembang pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pelabur telah mula mengambil bahagian dengan menyumbangkan jumlah dana pada rantau ini.

Google-Temasek SEA 2018

Dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, Google-Temasek menyatakan pada 2018, sebanyak $72 bilion (RM301,302 juta) nilai ekonomi internet rantau ini bakal dicapai pada tahun 2018. Jangkaan angka ini adalah lebih daripada dua kali ganda bagi tahun 2015.

Untuk pengetahuan umum, sektor internet di Asia Tenggara telah menghasilkan nilai melebihi keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih daripada 100 negara di dunia dalam masa tiga tahun. Melalui kajian ini juga memperlihatkan seramai 350 juta pengguna internet tinggal di rantau ini menggunakan internet sebagai jambatan bagi aktiviti rutin harian mereka.

Tahun 2018 adalah tahun e-dagang di Asia Tenggara, yang meningkat dua kali ganda dari tahun sebelumnya. Antara tiga perniagaan perkhidmatan e-dagang tempatan yang menjadi pilihan pengguna dirantau ini adalah Lazada, Shopee dan Tokopedia. Ketiga-tiga ini antara perkhidmatan internet yang diasaskan di rantau Asia ini.

Laporan juga menyatakan seramai 35 juta orang di Asia Tenggara menggunakan perkhidmatan pelayaran web setiap bulan. Manakala lapan juta tempahan pengangkutan diambil setiap hari di 500 bandar. Perkhidmatan tempatan seperti GO-JEK dan Grab memacu pertumbuhan pesat dalam perkhidmatan baru seperti penghantaran makanan, yang menghasilkan industri bernilai $ 2 bilion (RM8,369,500 juta) pada tahun 2018. Hal ini sekaligus memperlihatkan Google turut melabur pada GO-JEK sebelum ini.

Melalui percepatan industri ekonomi digital ini juga, sebanyak 1.7 juta peluang pekerjaan sepenuh masa bakal diwujudkan menjelang tahun 2025.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd