Carian
Casio Bekerjasama Dengan Transformers Untuk Jam Tangan G-Shock Edisi Khas
November 19, 2018 Aman

Casio sedia hadir dengan pelbagai edisi jam tangan G-Shock berbeza sebelum ini, dan terkini, mereka turut memperkenalkan G-Shock edisi khas Transformers, bersempena dengan ulang-tahun ke-35 untuk kedua-dua jenama popular berkenaan.

Jam tangan G-Shock baru ini membawakan rekaan dan binaan seumpama G-Shock yang lain, dan turut menyertakan penggunaan warna seumpama Optimus Prime dari siri Transformers.

Casio G-Shock Transformers

Casio G-Shock Transformers

Menariknya adalah dimana jam tangan ini turut boleh digunakan sebagai pelengkap untuk figura Transformers – dimana ia boleh diletakkan pada dada robot berkenaan apabila anda tidak menggunakannya. Sebuah Matrix of Leadership turut disediakan untuk menutup ruangan berkenaan apabila anda sedang memakai G-Shock pada tangan anda.

Casio G-Shock Transformers

Komen