Kepala penunggang motosikal di Malaysia pasti berpeluh kerana cuaca negara kita yang panas meleding. Tetapi topi keledar masih dipakai atas tujuan keselamatan serta mematuhi undang-undang. Momodesign yang terkenal dengan topi keledar mereka telah melancarkan model dengan sistem penyejukan terbina.
Momodesign Aero mempunyai sistem kipas berkuasa elektrik pada bahagian atas topi keledar. Apabila mengesan suhu menjadi terlalu panas (yang ditetapkan oleh pemakai) sistem penyejukan akan beroperasi secara automatik. Sistem ini mampu menggerakkan 5 liter udara seminit tetapi hanya menghasilkan bunyi sekuat 15 desibel. Sistem penyejuk juga akan mati dengan sendiri apabila mengesan pemakai bergerak pada kelajuan 50 km/j.
Sistem penyejukan dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar menerusi tambatan bluetooth. Ia disokong sistem operasi Android dan iOS. Kepada yang berminat Aero akan dijual Mac tahun hadapan pada harga €368 (~RM 1765) sepasang.