Carian
Menteri Ingin Berbincang Cadangan Bersama TM Menjelang Minggu Hadapan – Kerajaan Terbuka Untuk Membantu
November 20, 2018 Aman

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini mengucapkan terima kasih kepada Telekom Malaysia kerana respon syarikat berkenaan mengenai aduan jalur-lebar dan komitmennya dalam meningkatkan perkhidmatan.

Beliau turut menambah mengatakan yang mana beliau berharap untuk bertemu dan membincangkan cadangan dalam terus menambah-baik perkhidmatan menjelang minggu hadapan. Kerajaan turut terbuka dalam membantu dalam usaha untuk menguntungkan kesemua pihak terlibat.

Semalam, TM telah mengeluarkan kenyataan mengenai komen SKMM, dimana berikut merupakan sebahagian daripada komen pihak TM yang dihantarkan kepada kami:

Kami juga telah menjelaskan berkenaan keterbatasan rangkaian tembaga pada masa ini dan berikutan itu, kami sentiasa berbincang dengan pihak kerajaan, kementerian, pengawal selia dan pihak berkepentingan lain bagi menyelesaikan isu-isu legasi rangkaian tembaga yang dihadapi oleh para pelanggan Streamyx. Kami ingin menyatakan bahawa rangkaian tembaga merupakan rangkaian legasi dan sentiasa mengalami pelbagai cabaran, terutamanya keterbatasan dari segi teknologi. Keterbatasan ini lebih ketara untuk pelanggan Streamyx, di mana rangkaian tembaga hanya mampu memberikan kelajuan sehingga 8Mbps. Ia memerlukan penyelesaian yang lebih berbentuk jangka panjang dan lebih kekal, yang pastinya akan mengambil masa untuk dilaksanakan serta mempunyai implikasi kewangan yang ketara.

TM Streamyx Unifi

Kami mengharapkan pendekatan menang-menang secara kolaboratif dengan pihak Kerajaan dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx kami secara efektif, sehingga selesai. Bagi melaksanakannya, TM ingin mempercepatkan perbincangan dengan pihak MCMC bagi mencari pilihan kolaboratif berpotensi, pelbagai teknologi yang bersesuaian dengan tujuan ini serta mengoptimumkan mekanisme sedia ada dalam industri untuk membawakan pengalaman jalur lebar lebih baik ke seluruh negara.​

Sebelum ini, ramai pengguna Streamyx mengadu berkenaan harga untuk perkhidmatan berkenaan yang mana berkali ganda mahal berbanding perkhidmatan Unifi.

Dengan perkembangan sihat ini, sama-sama kita nantikan sama ada kita akan melihat perubahan harga pada perkhidmatan Streamyx ataupun sebaliknya.

Komen