Tamagotchi merupakan salah satu gajet permainan yang popular pada era 90-an, dimana para pemiliknya akan mengambil berat dan membela makhluk maya melaluinya – termasuk memberi makan, menjaga kesihatan, melatih dan sebagainya.
Terkini, mengikut gambar yang tertiris ke arena web, ia dilihat pihak Tamagotchi mungkin bekerjasama dengan Pokemon untuk memperkenalkan sebuah variasi Tamagotchi. Daripada gambar yang tertiris, pengguna dilihat akan dapat membela watak Eevee – yang mana akan berevolusi ke lapan evolusi berbeza mengikut kaedah penjagaan seseorang.
Ia tidak diketahui lagi bilakah versi Tamagotchi ini akan dilancarkan kepada umum. Sekiranya ketirisan ini tepat, maka semestinya ia akan menjadi minat ramai peminat Tamagotchi sekitar dua dekad yang lepas.
Serebii Update: Unconfirmed sell sheet potentially reveals a special Eevee & Tamagotchi collaboration. Details @ https://t.co/gDbXkHSvkT pic.twitter.com/HnNFBFjorp
— Serebii.net (@SerebiiNet) November 6, 2018