Cari @ Amanz

OnePlus Hadir Dengan OnePlus Roaming – Khidmat Perayauan Data Di Luar Negara Tanpa Keperluan SIM

Oleh Aman

Link Copied!

OnePlus hari ini telah memulakan ujian untuk OnePlus Roaming melalui OxygenOS Open Beta 7, dimana melaluinya ia membolehkan para pengguna untuk melanggan pelan data tempatan disesuatu negara tanpa keperluan membeli SIM baru.

OnePlus Roaming ini berfungsi seumpama SIM maya, membolehkan pengguna melihat pelan-pelan data internet yang terdapat disesuatu lokasi, dan melanggannya.

OnePlus Roaming

Buat masa ini, ciri ini diuji untuk pengguna OnePlus 6 terlebih dahulu – dimana pengguna boleh mengaktfikannya melalui laman tetapan. Harga penawaran pelan data untuk sesuatu negara adalah berbeza, dan ia tidak menyokong panggilan suara.

Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak OnePlus akan melancarkan perkhidmatan OnePlus Roaming ini secara terbuka untuk semua pengguna peranti mereka di seluruh dunia.


Komen ()