Instagram Dan Facebook Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Diterbitkan pada Nov 20, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram dan Facebook kini dilihat menghadapi sedikit masalah untuk diakses, dimana sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mengakses kandungan melalui platform berkenaan. Terdapat pengguna yang boleh mengakses perkhidmatan seperti biasa, tetapi gagal melihat kandungan baru yang dikongsikan rakan-rakan baru.

Pihak Facebook sendiri mengesahkan masalah ini, mengatakan mereka menghadapi masalah dimana beberapa permintaan API menghadapi masa untuk diakses lebih lama berbanding kebiasaan. Facebook mengatakan mereka sedang menyemak dan akan mengatasinya secepat mungkin.

Kami sendiri menghadapi masalah untuk mengakses Facebook dan Instagram melalui web, tetapi tiada masalah untuk mengaksesnya melalui aplikasi mudah-alih. Bagi anda sendiri, adakah anda boleh mengakses kedua-dua perkhidmatan ini buat masa ini, atau sebaliknya?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami