Carian
Samsung Galaxy S10 Edisi Terhad Dijangka Hadir Dengan Sokongan 5G, Dan 6 Kamera
November 20, 2018 Aman

Samsung pada tahun hadapan, bakal menyambut ulang-tahun ke-10 untuk peranti mercu mereka, siri Galaxy S. Pengeluar Korea Selatan berkenaan dijangka memperkenalkan tiga peranti Galaxy S10 sekitar Februari kelak, dan menariknya, Samsung turut dijangka hadir dengan sebuah telefon pintar edisi terhad beberapa bulan selepas itu.

Menurut laporan WSJ, Samsung dikatakan akan menawarkan variasi ke-4 Galaxy S10 pada 2019 kelak, dimana ia akan dipasarkan sebagai telefon edisi ulang-tahun ke-10, dan menawarkan skrin bersaiz 6.7-inci.

Telefon ini turut akan dilengkapi dengan sokongan 5G padanya, selain menawarkan 6 kamera terbina padanya, dimana empat kamera dibelakang, dan dwi-kamera untuk swafoto.

Buat masa ini, ia sekadar laporan awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi. Tetapi, sekiranya benar, maka kita mungkin akan melihat Samsung menawarkan pelbagai peranti mercu menarik pada 2019 kelak – termasuk sebuah telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat.

Komen