Antaramuka Pemain Video Aplikasi Netflix iOS Dan Web Dikemaskini

Antaramuka Pemain Video Aplikasi Netflix iOS Dan Web Dikemaskini

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Pada bulan Mei yang lalu, antaramuka pemain video aplikasi Netflix pada versi Android dikemaskini. Ia menambah butang pergi ke hadapan dan ke belakang sebanyak 10 saat bagi memudahkan tontonan. Pada hemat kami ini ialah antaramuka yang lebih mesra pengguna berbanding iOS dan pelayar web. Hari ini fungsi ini akhirnya hadir ke iOS dan pemain web menerusi kemaskini.Pada aplikasi iOS, dua butang pergi ke hadapan dan ke belakang kini menghimpit butang Main. Turut disokong ialah fungsi melangkau intro pada video yang telah dimuat turun. Sebelum ini fungsi melangkau intro hanya disokong sekiranya video distrim.

Pada pemain web, dua butang melangkau ke depan dan ke belakang terletak pada buku bawah sebelah kiri bersebelahan butang main. Dengan pengenalan ataramuka terbaru ini. melakukan maratonton di Netflix kini menjadi lebih mudah.


TIPS & ULASAN